Tuesday, January 31, 2012

end of january

seLamat tinggaL januari, seLamat datang februari.

berakhirLah episod januari bagi tahun 2012 dan tidak mungkin ia dapat dikembaLikan Lagi. segaLa macam perkara berLaku terjadi pada januari, satu buLan yang amat menyeronokkan. begitu banyak pengaLaman yang dikutip dan perkara baru yang dipeLajari. januari 2012 akan sentiasa aku kenang daLam ingatan begitu juga buLan - buLan yang sebeLumnya. bagi aku setiap buLan yang diLaLui mempunyai cerita tersendiri. bagi seorang penangkap masa ianya sesuatu yang amat berharga dan tiada satu niLai yang dapat di tuLis bagi menentukan kedudukan betapa berharganya saat itu. setiap ruang yang ada harus dihargai dan dibekukan untuk tatapan masa hadapan. semaLam yang berakhir merupakan sejarah yang harus dipeLajari hari ini yang diLaLui harus dijadikan Lebih baik sebeLumnya dan esok pasti adaLah sesuatu yang misteri untuk ditempuhi. betapa hidup ini sesuatu yang harus dihargai setaip saat, masa dan waktu. jangan persiakan apa sahaja perkara yang boLeh membuatkan kita menikmati hidup ini dengan Lebih bermakna. hargai segaLa yang ada di sekitar kita kerana beLum tentu keesokkanya suasana itu akan wujud seperti sebeLumnya.